BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

JOURNEY TO BEGIN

Daisypath Anniversary tickers

Our Little Caliph

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, February 27, 2013

Cadangan Set Hamil

Apabila dah tahu double line =) kita mesti nak nutrisi paling baik untuk si kecil in the womb kan =)

Cadangan :

Trimester 1 - Vita-lea, B -complex, Vita C dan Ostematrik add on ESP
Trimester 2 dan 3 - Vita-lea, B -complex, Vita C dan Ostematrik + Omega guard  add on ESP

Details : -

Vita lea =
 multivitamin (mempunyai 28 vitamin dan mineral penting untuk tenaga +zat besi untuk menangani         masalah mudah pening, pitam, HB rendah dan anemia.

B-complex =
 Asid folik ( penting untuk pembentukan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan pada saraf bayi khususnya spina bifida), lengkap 8 vitamin B yang diperlukan dan menangani stress

Vita C =


Meningkatkan penyerapan kadar zat besi , membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 

Ostematrix =
Mengandunig kalsium, magnesium dan dan vitamin D untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan tulang bayi, wanita hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.

untuk si manja comel sayang =)


Feel free to share
www.facebook.com/mardhiahmohdzain
017-9130127

Sunday, February 24, 2013

bagaimana shaklee berperanan utk turunkan berat

Seperti post yang lepas di sini dan juga kat sini , jom kita bercerita dengan lebih lanjut bagaimana suplemen shaklee membantu dalam penurunan berat badan,

LECITHIN -
 Dikenali sebagai fat/ natural emulsifier. Tujuan ambil ni untuk memecahkan, mencairkan  lemak-lemak + kolestrol yang tak berapa nak baik dalam badan, sebab itu, disarankan makan lecithin selepas lunch dan dinner untuk kesan optimun

ALFAFA -

 Bertindak sebagai fiber untuk membuang segala lemak yang telah dipecahkan oleh lecithin tadi tadi keluar dari sistem badan, fiber la tolong angkut semua keluar badan. Selain tu, alfafa juga memudahkan penghadaman dan sistem perkumuhan, sistem rangka, kelenjar dan kencing.

HERBALAX -

 Untuk proses detox...Detox tu proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tindakan pembersihan yang lembut mengembalikan semula `natural bowel managemant`


OMEGA GUARD - adalah bonus / tambahan untuk bakar lemak dan kawal selera makan...penerangan lebih lanjut kat sini 




knok knok me for details,
special tips then....=)

017-9130127
www.facebook.com/mardhiahmohdzain  =)
shaklee independant distributor COD bera, triang, bahau,temerloh
pos ke seluruh Malaysia


Monday, February 18, 2013

Omega Vs Kurus

Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan berat badan?
Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membakar lemak?

Asid Lemak Omega-3 memberikan kesan positif pada metabolisme dan keupayaan badan untuk membakar lemak, selain itu ia juga turut memberi kesan kepada penghasilan pelbagai hormon termasuk leptin.

 Leptin adalah hormon yang memberi kesan kepada selera makan. Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.
Ok..berikut info ringkas tentang hormon leptin :







  • Leptin membantu mengawal selera makan dan metabolisme.
  • Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan. 
  • Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. 
  • Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar
  • Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan. 
  • Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Kesimpulannya, asid lemak Omega-3 membantu mereka yang sedang berdiet atau berhasrat untuk mengekalkan hatta menurunkan berat badan kerana kesannya dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan hormon leptin yang mengawal tahap kelaparan disamping ia sendiri berupaya untuk membakar lemak.
Mengawal tahap kelaparan adalah antara perkara penting dalam kejayaan diet. Ramai yang 'tewas' dalam usaha untuk diet kerana gagal mengawal selera makan.Rasa lapar akan mendorong kita untuk makan. Apabila rasa lapar dapat dibendung, proses diet akan menjadi lebih mudah dan tidak 'menyeksakan'.
Kebanyakan orang mengamalkan diet dengan cara kurang makan, tetapi dalam masa yang sama perasaan untuk makan membuak-buak. Tu sebab kadang-kadang bila nafsu menguasai..diet hilang ntah ke mana..melantak sepuas hati..ala-ala balas dendam gitu..
Dengan kesan yang dapat Omega-3 berikan terhadap hormon leptin, cabaran untuk mengawal selera makan lebih mudah dan berlaku secara semulajadi.


Credit to http://vitaminbestdeal.blogspot.com


Walaubagaimanapun..kene berusaha dari segi exercise, pemakanan =) rujuk di sini contoh nyer =)


Jom pakat-pakat rebut peluang promosi omegaguard bulan ini =)



Feel free to share with all of you and no hard feeling ; -

017-9130127
www.facebook.com/mardhiahmohdzain  =)
shaklee independant distributor COD bera, triang, bahau,temerloh
pos ke seluruh Malaysia



Sunday, February 17, 2013

Kanak-kanak Vs Makanan vs Selera




Sangat comel termenung sampai macam tu =) kanak-kanak memang ada fobia sikit dengan sayur sayuran
( sesetengah =)




Kalau letak kentang goreng macam tu pun, monyok semacam .... tak kata kat kanak-kanak..orang dewasa pun ada yang trauma kat  makanan berkhasiat kan..=)

Tapi badan memerlukan khasiat -khasiat tersebut ... makanan semulajadi yang utama, macam mana yer nak bagi anak anak comel supaya berselera makan .... jom review testimonial sebenar di bawah ...









Dalam kehidupan seharian yang sangat aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan tambahan  yang rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah
Sumber :shaklee product guide

Macam mana rupa MEALSHAKE ni.... balang macam biskut raya bentuk silinder tapi legap tidak lutsinar hoho =p


Feel free to share - konsultasi cara pemakanan yang betul  ; -

017-9130127
www.facebook.com/mardhiahmohdzain  =)
shaklee independant distributor COD bera, triang, bahau,temerloh
pos ke seluruh Malaysia




Saturday, February 16, 2013

berat turun suker part 2

Bertemu lagi pada siaran hari Sabtu, mood pagi sebelum menjadi urusetia Kursus Asas Solekan ( jika anda memegang jawatan DH di Kolej Komuniti, kursus pendek menjadi igauan dan angauan ( eh..tettt..ade ke..=p ) dan seumpamanya untuk mencapai KPI ... tapi hidup haruslah berfikiran positif, di luar negara ramai yang memanfaatkan community college mereka di sana untuk meningkatkan kemahiran, jadi kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bangkit dan sedar untuk menggapai peluang di depan mata ( ewah...aku la tu salah seorang berusaha nk positipkan diri ) tapi All in All... kursus adobe, kursus jahit manik, kursus pizza, kursus roti, kursus ni..kursus tu .... memang bagi faedah kat diri ini yang tak berapa multitasking sebelum ini...----> moral of the story, mari beramai ramai menyertai kursus pendek di kolej komuniti ( semua da muka bosan dengan intro, alamak..hehe..jom ke topik utama =)


Sebelum kahwin haruslah kene maintain berat badan, ok, memang berjaya..kalau tengok gambar kawen memang asyik sengih je la ..=)


Selepas tu, sebagai newly wedding couple, menjadi kanak-kanak riang di genting highland


After months, baby naqib on the way .... mana kesah da pasal body weight, kan mengandung =p


Siriesly masa mengandung, tak naik badan sangat,, masa tu PJJ dengan husband, survive hidup sorang-sorang, tapi dengan izin Nya, kesihatan sangat bagus , Alhamdulillah .... Selepas naqib dilahirkan ...beza 1-2 kg dengan sebelum mengandung, ok,tarik nafas, ada peluang nak kembali kepada dahulu kala...cewahhhh

Masa naqib sedang membesar sehingga dua tahun...i am very passion about breastfeeding ... pencapaian tertinggi menyertai Malaysia Breastfeeding Peer Councelor bersama lovely  mummy Naqib ... kerana saya mesti dapatkan info dari sumber yang betul dan tepat untuk sebarkan kebaikan breastfeeding =)

Orang lain boleh maintain breastfeeding, saya jadi sebaliknya....haha..yang paling membimbangkan..saya boleh naik sampai berat masa mengandungkan naqib 8 bulan ...hoho...memang scary movie...


Jom kita kongsi bersama-sama  sebab sebab utama kejadian gambar -gambar comel  di atas dan macam mana saya berusaha untuk memakai balik baju baju zaman kegemilangan =p

1- Pada zaman tersebut,s etiap pagi sarapan adalah makanan tradisonal kebanggan rakyat Malaysia

 yang ni hebat sangat persembahannya..yang real nye macam ni...harga seringgti sebungkus

without fail, hari-hari makan nasi lemak tiap -tiap pagi...kalori tinggi...jadi saya ubah gaya hidup saya sarapan dengan

Roti whole meal =)

atau sarapan ringan -ringan untuk alas perut, yang penting ada karbohidrat baik, tak digoreng untuk mengurangkan kalori ,sarapan sangat penting, tak boleh skip...sarapan yang membekalkan  tenaga untuk bekerja  


2. Pukul 10 pagi - 11.00 pagi, ambil snek ...bawak dalam handbag pisang ke, oren ke , epel ke =) tujuan..mengurangkan nafsu makan masa tengahari...tapi yang best adalah snetiasa bersederhana, boleh makan apa sahaja...memang bahagia tak payah sekat sekat tak nak ambil karbohidrat =) sebab saya hantu roti n nasi .....


3- Lunch ----> nasi memang separuh, kalau boleh, lauk yang dibakar, dikukus ..tapi ada masa saya makan juga lauk-lauk bergoreng ... memang goreng2 ni sedap..nikmat hidup  ....=).lepas tu kan ada lecithin..(sila rujuk gambar dibawah kenapa lecithin atau omega)..sayur ambil banyak sikit =)

4- Naqib dah aktif...mama jom taman...jadi saya kene mengekorinya ke taman, main segala mainan..bagus naqib, mama suka ...zaman dahulu kala, petang-petang layan cerita korea..citer korea kan berhantu..mana boleh lepas walau satu pun episod, tengok cerita sambil makan burger order kat sebelah umah ( dulu jiran jual berger) kombinasi menarik untuk penternakan lemak...haha.. kita boleh ubah gaya hidup untuk lebih sihat ...senaman secara konsisten  20 - 30 minit sehari thanks banyak banyak naqib =)




5 - Sit up..hehe...kan dah anak satu...bab stomach memng part kene jaga...=p

6- Dinner sebelum 7.00 malam., ni adalah major rules ...dahulu kala, pukul 10 malam boleh lagi lepak lepak makan satay kat restoran Angsana, balik umah, naqib tido mama tido...sekarang ubah gaya hidup anda ...sebelum pukul 7.00 malam ...memang kena berdisiplin... kena yakin diri sendiri ... you can do it =)

7. Sebelum mengamalkan perkara no 7, langkah 1-6 adalah wajib ...jadi supplemen boleh membantu proses ini...dan saya amat yakin dengan Shaklee, sebab dah guna dan rasa sendiri...lepas gagal dengan banyak produk...=)


sumber gambar dari kak norsaritanaini yang hebat




Feel free to share with all of you and no hard feeling ; -

017-9130127
www.facebook.com/mardhiahmohdzain  =)
shaklee independant distributor COD bera, triang, bahau,temerloh
pos ke seluruh Malaysia






Saturday, February 9, 2013

Berat turun- sukeee


                                           Zaman semua org tegor ` aik..da naik badan`

                                       
                                                   Zaman org tegor ` da turun da yer `



After having dinner at Bubba gump @ the curve pukul 10 malam..berjaya membesar dengan jayanya


                 Saya jadi transformer macam ni disebabkan oleh 3 botol kecil iaitu   ;-



p/s ; i've tried a lot of product......at last i fall in love with this set ...because of natural n safe ...

more rumble trumble within next post on how i can make it..
but to get  fast info....
Feel free to share with all of you and no hard feeling ; -

017-9130127
www.facebook.com/mardhiahmohdzain  =)
shaklee independant distributor COD bera, triang, bahau,temerloh
pos ke seluruh Malaysia


Thursday, February 7, 2013

Kenapa Memilih Shaklee ?!?!?! =)

Suatu masa dahulu...kalau tgk vitamin/suplemen memang hanya akan tengok sebelah mata...kenapa? sebab rasa dah menjaga bab-bab makan...kene makan buah buahan, sayur sayuran lebih...ni masa zaman muda mudi, sebelum kahwin...confirm la kene maintain figure, lagi -lagi rapat rapat sebelum kahwin....janji naik pelamin chanteqqq! hoho..poyos...lepas kahwin, agak memakan macam--macam...teettt...memang ada cerita di sebalik ni....

jump to conclusion ;-

kita memang memerlukan suplemen contoh vitamin C dan E, memang boleh dapat dalam makanan tapi cuba bayangkan, buah buahan dan sayuran yang kita makan memang tak dijamin 100% organik...pernah belajar kat UPM dulu pasal agriculture(bahasa hebat) bahasa mudah paham ----> pertanian..=p memang tanam sayut guna baja kimia, racun serangga , dan kalau taman di tanah tak subur .... paham-paham sendiri ( kalau ada kebeun mcm rancangan River Cottage memang mantap la kan....

buah oren yang kita makan dari luar negara, berapa lama nak boleh masuk Malaysia, pegi Giant ke Tesco ke dulu..tak pun kat tempat cni...Tunas Manja la (korang tau tak tunas manja, kene jadi warga Pahang, confirm tahu, naqib memula naik troli gerak kat Tunas Manja..bkn Giant, Carrefour ke etc hehe) dari memula dipetik sampai ke tangan kita, zat makanan mudah hilang semasa proses penimpanan, penyediaan dan pengangkutan.


Gaya hidup masakini yang dengan kehidupan yang sibuk...makanan-makana yang dibeli memang macam-macam kandungannya....(kita yang lalui, kita boleh fikir sendiri kan..=)


Tak kenal maka tak cinta . ..ecececeece

Sekarang kat pasaran macam-macam produk ada, salah seorang kawan@ pharmacist  pernah post status di facebook....`berhati-hati dengan lambakan vitamin/supplemen di internet sekarang, pastikan kandungan selamat, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.`. Sangat-sangat bersetuju dengan ayat tersebut =) benda yang kita nak makan, masuk dalam aliran darah semua, memberi peratus kepada fungdi-fungsi organ kita...haruslah kita memilih yang terbaik untuk ditelan  =) kannnnn.....

Hanya sekadar bebelan di blog, kalau nak memilih supplemen haruslah...wajib tengok pada jenama, tengok pada bahan yang digunakan, tempat dihasilkan kilang tempat proses memenuhi amalan-amalan kod kod standard yang ditetapkan atau tidak...supaya pada suatu masa, tidak timbul isu ~ cuak la wei nak teruskan makan *&&^% banyak masuk paper tentang benda yang tak berapa elok~ ...kalau x de angin, tak kan baju di jemuran jatuh ..=p....just 2 my cent =)

Hanya sekadar berkongsi, masing-masing mempunyai hak atas pendapat masing-masing..kita kene hormat pada pandangan orang lain supaya keharmonian terjamin  ( ayat bahang pilihanraya hokay =p)

Dengan 3 sebab utama, i choose SHAKLEE =)

-selamat secara semulajadi, terbukti berkesan selama lebih 50 tahun ( a good figure to trust)

1- Sentiasa Selamat

* Lebih daripada 80 000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan (selepas MQA datang audit kolej aritu, baru ku tahu kualiti memang penting, hehe, banyak tu 80 000 ujian kawalan, rasa selamat nak telan vitamin =)

* Potensi terjamin - pengesahan botani pihak ketiga
* Ketulenen terjamin- 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru

2- Sentiasa Berkesan

* 300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan
* 70 kajian klinikal bercetak

3- Sentiasa Mesra Alam ( sgt suka ni, sebab sgt menyokong bumi hijau, kalau g beli barang selalu cakap, tak payah plastik la ye dik..go go green =p) -->statement .....hehe

* tiada perasa-perasa tiruan
*tiada pemanis tiruan
*tiada pewarna @ lemak trans
*tiada bendasing tersembunyi
*tiada ujian terhadap haiwan ( kat rumah ada arnab kura kura ikan, sekian =)
*tiada bahan-bahan diharamkan - memang dapat sijil halal dari JAKIM
*tiada peluntur klorin

Confident? .....

Feel free to share with all,
id number 909802
017-9130127
www.facebook.com/mardhiahmohdzain
www.facebook.com/lifeisgold








Monday, February 4, 2013

Hehe-Shaklee Independant Distributor

1- Sebab = Lepas hampir 2 tahun lebih bersama Shaklee, dapat merasa segala kebaikan Shaklee (siries tak tipu beb) nak berkongsi dengan semua macam mana perasaannya =) beauty is pain, but with shaklee, nothing impossible, but we need knowledge and time to make it success

2- Mar -people said  look different than before (mestila la wei, baju lama dah boleh pakai, heppi i =p)

2-   Baba naqib - muka mama dah glowing dari dulu, tak fighting sangat dengan pimple dah...hoho..kembang kuncup i...boleh tanya sendiri testimonial itu..hoho ... sekali lagi mood naik lif tekan sendiri =p

3- Fully breastfeeding Naqib...but because mastitis, my naqib have mummy adam =) she is very nice person ..YA Allah, ALhamdulilllah




Feel free to share

Mardhiah Mohd Zain
909802
017-9130127
www.facebook.com/mardhiahmohdzain
www.facebook.com/lifeisgold

shaklee independant distributor COD bera, triang, bahau,temerloh
pos ke seluruh Malaysia



Prinsip saya senang, health is to share, experience is a good teacher after all...more updates for all..Sharing is Caring

Friday, February 1, 2013

Herba Lax






Herba Lax


Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Omega Guard







Omega Guard 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ostematrix







Ostematrix

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Alfafa











Alfafa

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air 
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lecithin








Lecithin

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Zinc Complex









Zinc Complex


Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

B- Complex











B Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang 
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah 
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Vita E








Vita E Complex

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Chewable Vita C




Chewable Vita C
Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita C





Sustained release Vita C

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita- Lea

Vita- Lea @ Iron Formula
Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ESP






ESP - Isolate Protein Powder 


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Collagen Powder

Collagen Powder 

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Sumber dari www.shaklee.com.my